Wow...Raifal AK-47 diperbuat daripada kristal


Wow..menarik
saya petik dari kosmo online

MILAN, Itali - Kristal mewah Swarovski sinonim dengan barang kemas, ukiran elegan dan candelier tetapi seorang pengukir, Nicola Bolla, menggunakan kristal tersebut untuk menghasilkan pelbagai arca yang menakutkan.

Menerapkan tema kematian, sebanyak 15 arca yang dihasilkan pengukir terkenal berusia 47 tahun itu termasuk raifal AK-47, tengkorak, tulang rusuk dan tulang paha dipamerkan kepada umum sempena Minggu Seni Reka Milan minggu lalu.

Dia menjadi popular kerana menggunakan bahan yang mewah dan cantik termasuk berlian untuk menghasilkan pelbagai objek termasuk mangkuk tandas. - Agensi
Description: Wow...Raifal AK-47 diperbuat daripada kristal
Rating: 4.5
Reviewed by: Togok Emerald
On: 01.55
TOP