Bekas Juara Tinju Dunia ditahan Polis kerana Di syaki Mencuri Kereta Sendiri



Bekas Juara Tinju Dunia, Frank Bruno, tidak boleh menahan marah setelah ditahan polis atas tuduhan mencuri keretanya sendiri.


Seiring dengan semakin meningkatnya angka pencurian kendaraan mewah, pihak keamanan di Berkhamsted, Inggris, semakin memperketat pengawasan. Mereka tidak segan-segan memberhentikan kendaraan yang sedang laju jika mereka melihat gelagat pemandu yang mencurigakan.

Frank Bruno, bekas juara dunia yang mengumumkan pengunduran dirinya dari dunia tonjok menonjok di tahun 1996, yang 'menjadi korban' pengawasan polis (dailymail.co.uk).

"Saya sedang memandu kereta saya sambil bernyanyi mengikut lagu di CD, ketika dua orang polis memberhentikan kendaraan saya," kata Bruno yang pada mulanya patuh ketika disuruh turun dari kereta. "Saya menunjukkan STNK dan SIM, namun mereka melihat ke arah saya dengan pandangan yang aneh ."


"Apakah ini kereta curi?" Polis bertanya kepada orang hitam tinggi berbadan gempal ini sambil memperhatikan plat nombor cantik, STNK dan SIMnya.

"Apakah kalian tidak mengenali saya?" Bruno mula geram.

"Tentu saja saya mengenali anda. Sama seperti saya kenal sama Batman, Peterpan dan bahkan Tom & Jerry," kata polis yang seolah tidak mahu tahu. "Kami hanya menjalankan tugas. Akhir-akhir ini kami mendapatkan banyak laporan kehilangan kereta mewah seperti yang sedang anda bawa ini."

Akhirnya setelah terjadi pertengkaran, baik Bruno dan Polis akhirnya boleh saling berjabat tangan. Bruno akhirnya boleh mengerti bahawa tugas polis adalah menciptakan keamanan dan berlaku adil kepada setiap orang, baik orang biasa mahupun bekas juara internasional tinju heavy weight.
Description: Bekas Juara Tinju Dunia ditahan Polis kerana Di syaki Mencuri Kereta Sendiri
Rating: 4.5
Reviewed by: Togok Emerald
On: 01.55
TOP